Caliph Buskers Muatnaik Satu P0st Jadi Perhatian, Sampai H4ti Kau Ken4kan 0rang Bvta

Ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun terpaksa merayu kepada pihak penganjur sebuah acara di Pulau Pinang untuk memb4yar wang persembahan mereka pada 9 dan 10 Disember lalu.

Menurutnya, pendapatan mereka hanya bergantung dengan persembahan pentas dan busking dan sangat memerlukan wang berkenaan.

“Kami sudah bertolak ansur tidak mem4ksa memberi dep0sit yang sepatutnya kami ambil, sekarang kami juga mohon agar pihak berkenaan dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami”

“Sampai h4ti kau ken4kan orang bvta. Kalau aku boleh kerja macam kau, tak apa. Tapi inilah kerja yang kami ada. Kalau tak buat persembahan pentas, busking”

“Busking pun kau faham-faham lah musim hujan sekarang. Kadang-kadang busking pun tak dapat apa-apa. Jadi, bila ada show barulah sedap sikit,” katanya.

Difahamkan, pihak penganjur berkenaan menjanjikan bayaran sebanyak RM10,000 kepada kumpulan Caliph Busker.

Malah, ada diantara mereka yang ke Pulau Pinang tanpa sebarang wang kerana mengharapkan bayaran selepas selesai persembahan.

“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun men0lak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian”

“Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan,” ujarnya.

Untuk rekod, selain Fendy, Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat sebagai vokalis, Zaki Ismail sebagai gitar bass dan Nirwan Zainalabidin sebagai pemain gitar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: xtra/achikdia.com