Cantik Persis Anak Patung, Akhirnya Fatin Afeefa SeIamat Bernikah Dengan Kekasih Jutawan

Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati dikenali Aliff Awang pada malam Jumaat dan majlis pernikahan mereka dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab menatarias pengantin perempuan.

Malah, Alha turut memuat naik gambar Fatin Afeefa di Instagram memaparkan pelakon itu memakai busana serba putih berserta manis bertudung.

Sementara itu, menerusi Instagram Aliff Awang turut memaparkan jejaka itu dilihat segak berpakaian lengkap baju melayu serba putih mengambil video di hadapan cermin.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Fatin mengenai pernikahan tersebut.

Pada November lalu, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin seakan memberi bayangan sudah mengikat tali pertunangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rk/achikdia.com