Chef Wan Mengamvk Dan Bidas Media Kerana SaIah Lapor Ibu Sudah MeninggaI Dunia, Tak Faham Bahasa Inggeris Ke

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menafikan laporan berita mendakwa ibunya, Noraini Abdullah atau Cik Ani telah meninggal dunia pada malam Rabu.

Menurut Wan, 64, laporan berita itu tidak benar dan mungkin portal berkenaan tidak memahami bahasa Inggeris yang ditulisnya di Instagram.

Cik Ani sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta dan tahap kesihatannya semakin merosot.
“Adakah mereka baca dan dapatkan fakta sebenar?

“Ini pun sama, mereka faham bahasa Inggeris tak?” katanya.

Wan malam tadi menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk Cik Ani yang difahamkan tenat.

Wan mengulas mengenai perkara berkenaan menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram.

Terdahulu, cef selebriti itu berkongsi ahli keluarganya sempat membacakan bacaan Yassin susulan tahap kesihatan Cik Ani yang semakin merosot.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BOOM/achikdia.com