Dato Nash Hadapi D3tik C3mas Apabila Badannya Tak BoIeh Bergerak Ketika MengambiI Wudhuk Dan Memohon Doa 0rang Ramai

Penyanyi, Datuk Nash, 63, meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Menerusi Facebook, Nash berkata, dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.

“Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi,” tulisnya.

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM/achikdia.com