Disebabkan Syamsul Seperti Sengaja MeIengahkan Proses, Puteri Sarah Tidak Teragak Untuk FaiIkan Nusyvz

Pelakon Puteri Sarah berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof.

Memetik Kosmo, peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader berkata tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan, namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.

“Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang”

“Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas ke atau nusyuz pihak sana pula,” katanya.

Menurut Akberdin lagi, tuntutan nusyuz terhadap Syamsul itu antara perkara boleh dilakukan dan ia yang sedang difikirkan.

Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).

Terdahulu, Puteri Sarah akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: kosmo/achikdia.com