Dr Rafidah Tidak Berdiam Diri Terus Sovnd, SaIam Mawi, Kenapa Tipv Pes4kit Kr0nik Saya? Tak PerIu Tvnggang Ag4ma

Penyanyi dan pengarah filem, Mawi menerima teguran daripada pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah.

Ia berikutan kenyataan dibuat Mawi berhubung keberkesanan mengamalkan jus minuman dalam mengatasi masalah buah pinggang.

“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit kronik saya?”

“Tak payah nak cerita tentang kenyataan menipu dan menunggang agama!” ciapnya di Twitter.

Dr Rafidah juga mendakwa perbuatan Mawi itu salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956.

Malah, dia mempersoalkan sama ada golongan artis dan selebriti tidak beretika.

“Kan ada panduan untuk selebriti yang KKM keluarkan. Silalah baca betul-betul”

“Cukup-cukup menipu orang tua,” tegasnya.

Mawi sebelum ini muncul dalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang didakwa boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain selain menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang mengamalkan jus minuman tersebut berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

Apa respons Mawi?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: cari