Dulu Lagi Cantik, Netizen Tak Pvas Hati D4kwa Fathia Latiff Buat Muka & Terus Tegur Nampak Lain

Selepas lama tidak terpalit dengan sebarang kontroversi, nama pelakon Fathia Latiff kembali menjadi bualan ramai terutama bagi pengikutnya di laman Instagram.

Ia gara-gara pelakon berusia 35 tahun itu memuat naik foto dirinya sehingga membuatkan orang ramai mengatakan wajahnya kelihatan agak berbeza berbanding sebelum ini.

Tampil dengan busana dan turban serba biru, segelintir individu mengakui hampir tidak mengenal Fathia sekali gus mendakwa sekiranya dia menjalani sebarang prosedur pembedahan pada bahagian wajahnya.

Namun, terdapat juga pengikut yang memilih untuk bersangka baik mengatakan wajah pelakon drama Ariana Rose itu mungkin disebabkan teknik solekan atau sekadar menggunakan aplikasi ‘filter’ tertentu.

Penuh jarum? Dulu lagi cantik

Macam orang lain…

Mekap ke ‘edit’ gambar?

Nampak lain sikit kat pipi, mata, hidung

Memetik laporan Kosmo! Online tahun lalu, Fathia memaklumkan dia ada menjalani rawatan suntikan ‘filler’ pada bahagian rahang yang bertujuan untuk kecantikan diri.

Dia berkata, rawatan dilakukan tidak bermaksud untuk me­ngubah ciptaan asal serta tidak memaksa mana-mana individu bagi melakukan perkara sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Fathia Latiff/achikdia.com