EIak Hidvp Terk0ntang-Kanting Bila Suami Bvat HaI, Puteri Sarah Setuju Isteri Kerja SeteIah Apa Terjadi Pada Dirinya

Pelakon, Puteri Sarah Liyana bersetuju dengan kenyataan satu artikel mengenai satu pengajaran yang boleh diambil oleh setiap pasangan terutama wanita yang berdepan dengan masalah rumah tangga.

Sesuai untuk semua terutama nombor empat berkaitan sikap suami

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, walaupun pengajaran yang dikongsikan itu tidak mempunyai kaitan dengan dirinya, namun dia bersetuju dengan beberapa perkara ditekankan oleh artikel berkenaan.

“Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua”

“Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul,” katanya.

Wanita mangsa curang perlu tegas dan mesti bekerja

Dalam pada itu, aktres berusia 37 tahun itu berharap agar wanita diluar sana yang menjadi mangsa kecurangan suami supaya lebih bertegas dan tetap pendirian sepertimana dikatakan oleh artikel tersebut.

“Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri”

“Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu”

“Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat,” tulis artikel itu.

Terdahulu, kisah pasangan tersebut kembali menjadi perhatian apabila Puteri Sarah mendedahkan ada peminat mendakwa suaminya telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: lg puterisarahliyana/achikdia.com