
Susulan isu pukul wanita yang sedang hangat diperkatakan kini, penyanyi rap Caprice ingin menganjurkan pertandingan lawan tinju amal antara selebriti lelaki.
Antara nama yang dipetik Caprice adalah Farid Kamil dan Syamsul Yusof. Selain itu, Caprice mencabar pusingan kedua antara Aedy Ashraf dan Hafidz Roshdi.
Menurut Caprice, keuntungan daripada pertandingan amal yang dianjurkan akan disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak-hak wanita.
Di ruangan komen, pelakon filem Remp-It, Farid Kamil bersedia untuk menyahut cabaran tersebut. Caprice membalas, dia akan memaklumkan perkembangan selepas menghubungi pihak di ‘sana’ pula.
Bukan Farid Kamil je, pelakon berbadan tegap, Ammar Alfian juga nampaknya menunjukkan minat. Fuh.
Dalam hantaran itu, Caprice memohon maklum balas netizen mengenai siapa yang akan menang dalam pertarungan ini. Jelas Caprice, daripada pukul wanita, lebih baik jika berlawan di gelanggang dan menjadikannya sebagai satu sukan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: ig Caprice/achikdia.com