Gara-Gara Blackpink PU Syed Teruk Dik3cam Peminat K-Pop Sehingga DigeIar Si Bod0h

Penceramah bebas, Pencetus Ummah Syed atau lebih dikenali sebagai PU Syed sebelum ini pernah berkongsi harapan agar konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish Happier Than Ever yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 18 Ogos baru-baru tidak dapat dianjurkan kerana tidak memberikan manfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

Selain itu, PU Syed turut menyatakan hasratnya yang mahu menghalang kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink BORN PINK WORLD TOUR daripada melakukan persembahan di Malaysia yang dijadualkan pada 4 Mac 2023.

Teruk Dikecam Peminat K-Pop

Hasratnya itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya peminat K-Pop yang turut menggelarnya ‘bodoh’ kerana membantah kehadiran Blackpink ke Malaysia kelak.

“Kau tak payah cerita tuduh Blackpink. Rasa malu la. Aku biar faham Blackpink. Kau cemburu? Kau suka dosa besar or bukan. Aku suka Korea untuk lagu.”

“Tak payah ustaz nak buang masa halang Blackpink datang ke Malaysia. Sia-sia je nanti. Benda dah confirm. Ustaz tu hanya ustaz je pun. Bukan menteri ke apa. Takde kuasa apa-apa ke atas Malaysia…”

“Si bodoh..”

Di akhir hantaran nya, PU Syed turut menyifatkan peminat K-Pop berkenaan ‘terlalu bersemangat’ selepas beliau melakukan bantahan untuk menghalang Blackpink daripada melakukan persembahan di Malaysia pada tahun 2023 ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Murai/achikdia.com