Gempar, Amyra Rosli Dipanggil Segera Ke HospitaI Kerana Paras 0ksigen Anak Sudah Menurun

Keadaan kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti v1rus Kawasaki.

Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau dar4h Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Pada Rabu lalu, mStar melaporkan Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

Ayra disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti v1rus Kawasaki iaitu kerad4ngan saluran dar4h terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengk4k akibat kesan ubat steroid.

“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik”

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian dar4h” ujarnya.

Untuk rekod, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar