Gempar! DJ Lin Akan Giat Mencari Amir Kdh Sampai Jumpa Kerana Seb4r Berita PaIsu Tentang Kem4tiannya

Penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin akan berusaha mencari dan menjejaki individu dikenali Amir Kdh yang juga ‘admin’ sebuah ‘page’ (kumpulan) dalam Facebook dengan nama Pengeluaran Khas KWSP 2022 yang menyebarkan berita dia meninggl dun1a, Jumaat lalu.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 47, ketika dihubungi berkata, dia kes4l dengan tindakan tidak bertanggungjawab, b1adap, kurang ajar dan tiada etika individu terbabit yang sanggup menyebar berita palsu dan f1tnah terhadap dirinya yang masih hidup.

“Ikutkan hati, saya memang mar4h kerana tindakan dia menyebar berita mengenai kem4tian orang tanpa usul periksa sangat sensitif. Apatah lagi, saya masih hidup serta mempunyai seorang ibu yang sakit di kampung dan ada anak-anak juga”

“Justeru, saya fikir kena cari juga siapa Amir Kdh ini dan jejakinya sampai jumpa untuk saya bersemuka dengan dia bagi mendapatkan penjelasan sebenar atas sebab apa dia sanggup menyebarkan berita p4lsu mengenai kemati4n saya”

“Saya memang nak jumpa dia (Amir Kdh) secara peribadi. Saya teringin nak tengok muka dia macam mana dan mahu bersembang dengan dia. Saya akan buat program Suria Cinta depan dia dan rekod juga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut DJ Lin, dia kena bertindak secara profesional berikutan pembabitannya dalam penyiaran radio pun sudah lama iaitu 23 tahun serta dia juga mempunyai Ijazah Kewartawanan dan tahu etika untuk beradab dengan orang.

“Kalau dia memang duduk di Kedah, saya sanggup ke sana berjumpa dengannya. Saya akan cari dan jejaki dia sampai dapat dengan segera sebelum berangkat ke Sweden bagi menyertai Persidangan Radio Eropah pada 13 Mei hingga 23 Mei ini”

“Saya ada minta tolong peminat-peminat untuk sama-sama kesan di mana Amir Kdh ini berada. Jadi, kalau masih tak jumpa juga, balik dari Sweden nanti saya akan teruskan pencarian dan jejak sampai jumpa. Saya nak tahu sebab sebenar tindakannya daripada mulut dia sendiri,” katanya.

DJ Lin berkata, tiada orang bertindak tanpa alasan. Jadi, memang dia nak tahu apakah individu berkenaan bertindak atas keputusan sendiri atau ada ‘orang lain’ di belakangnya yang menyuruh berbuat demikian.

“Saya kena tahu apa tujuan sebenar dia kerana sekarang ramai sangat orang buat video untuk dapatkan ‘viral’ dan tarik perhatian ramai. Apapun, perjumpaan itu nanti bukan untuk berg4duh tapi cuba dapatkan penjelasan secara terus depan-depan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, DJ Lin dikejutkan dengan berita pal.su mengenai kemati4nnya yang tersebar di media sosial.

“Ketika itu, saya paling risaukan ibu, Putih Jantan, 80, jika ada saudara mara menghubunginya bertanyakan mengenai berita itu. Ia berikutan ibu saya ada angin ahmar, d4rah tinggi, mas4lah jantung dan menjalani dialisis tiga kali seminggu,” katanya.

Ditanya mengenai laporan polis terhadap individu berkenaan, DJ Lin berkata, dia melihat itu kesalahan pertama dan dia masih memberi peluang pihak terbabit berubah. Tapi, jika dia masih teruskan lagi selepas ini, memang tindakan undamg-undang menyusul.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hm