Giliran Erry Putra Pula Dikec4m, Kongsi Foto Dengan Kapsyen Lawak Luc4h

Sejak petang tadi, tiba-tiba saja hangat diperkatakan di laman Twitter nama pelakon Erry Putra. Rupanya seorang pengguna Twitter ada memuat naik paparan skin Instagram pelakon berkenaan yang berkongsikan gambar bersama seorang pelakon wanita dengan kapsyen jelek.

Menerusi foto berkenaan, pelakon itu menulis kapsyen ‘rog0l time’ bersama beberapa emoji sekaligus mengundang kecaman netizen.

Pengguna Twitter yang memuat naik paparan berkenaan mempersoalkan tindakan pelakon itu yang disifatkan lawak r0.gol.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh warga Twitter yang beranggapan tindakan pelakon itu sangat bi4dap.

Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan tindakan Erry itu seolah mengikut jejak langkah pelakon Zul Ariffin memuat naik kapsyen tersebut untuk mempromosikan drama berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa jijik dengan kapsyen berkenaan serta berpendapat tindakan pelakon itu sangat melampau.

Bagaimanapun, difahamkan gambar tersebut sudah pun tiada, malah akaun media sosial pelakon itu juga ditetapkan dalam mood peribadi.

Sumber: OHMYMEDIa