Habis Diana Bvka Semua Cerita PasaI N4fkah, Sampai Cerita Trip Ke Mek4h Pun BeIiau Bayar Untuk Semua

Pelakon, Diana Danielle tampil bersuara selepas suaminya, Farid Kamil meluahkan perasaannya terhadap apa yang diperlakukan Diana menerusi temubual program Melodi di TV3, baru-baru ini.

Sudah 4 Bulan Tak Bayar Nafkah

Menurut Diana, Farid tidak membayar nafkah selama empat bulan. Malah Diana turut ‘menaja’ keempat-empat beranak termasuk suami ketika mengerjakan sama-sama ibadah Umrah, Februari lalu.

“Bulan ni dah masuk 4 bulan tak bayar nafkah. Trip Ke Mekah, saya bayar untuk semua 4 beranak. Saya tak harap dia bayar balik, sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik” tulis Diana.

“Dia Dah Mula Tengking-Tengking Panas Baran Dengan Anak…”

Dalam pada itu, Diana mendedahkan bahawa Farid mula bersikap panas baran dan menengking anak-anak disebabkan perkara yang remeh temeh selepas Diana mahu bercerai dengannya.

“Saya nak tekankan kat sini, dia dah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh. Sampai ke esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab remeh”

“Sampai tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. 2 hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati”

“Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai 2 hari sebelum tu. But leave the kids alone!. Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang Bin/Binti anak?? Kenapa suruh i failkan permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?” tulis Diana.

Sama-sama kita doakan agar kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: murai/achikdia.com