Ibu Mertua Ira Tidak BoIeh Memaafkan Serta Beri Restu Dan Berkata Anaknya TeIah Menerima Nasib Yang MaIang

Beredar satu paparan skrin tertera komen yang difahamkan ditulis oleh ibu kepada pelakon dan pengarah kontrversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail.

Dalam kenyataan yang tular itu, Patimah meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pelakon veteran, Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya, Ira Kazar bernikah dengan Syamsul.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah mersakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka”

“Namun, kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu,” demikian tulisnya.

Syamsul pada Jumaat mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.

Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wall kepada pasangan terbabit.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Terdahulu, Ibu pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail meluahkan tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang menjadi punca keretakan sesebuah keluarga.

Melalui perkongsian di Instagram Story (IGs), Fatimah memuat naik entri yang diiringi foto dirinya, seolah-olah memberi bayangan ia ada kaitan dengan konflik melanda rumah tangga anaknya, Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana.

“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka,” katanya. Dalam hantaran berikutnya, Fatimah memuat naik foto Syamsul dan Sarah bersama anak sulung mereka iaitu Syaikhul Islam.

Sehingga kini, status rumah tangga pasangan selebriti itu masih menjadi tanda tanda tanya. Sejak minggu lalu, bertebaran khabar angin mendakwa Syamsul sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Syamsul berjanji akan menjawab semua persoalan mengenai kemelut rumah tangga dan gosip menikahi Ira dalam masa terdekat.

Syamsul dilaporkan berkata, dengan penjelasan itu, semua tanda tanya mengenai krisis rumah tangganya akan berakhir.

Kontroversi kemelut rumah tangga Syamsul kembali diperkatakan selepas Puteri Sarah memberi bayangan suaminya dan Ira sudah bernikah menerusi perkongsian di IG.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak/kokoci/achikdia.com