Ini 5 Perkahwinan TermahaI SeIebriti MaIaysia, No 4 PaIing Bikin Terkejvt, Sangat Tak Masvk AkaI

Mempunyai dekorasi majlis yang ekstravaganza dan senarai tetamu jemputan bertaraf bintang sememangnya perkara biasa terutamanya untuk seseorang yang bergelar selebriti.

Ini merupakan senarai selebriti Malaysia yang melangsungkan perkahwinan mereka dengan jumlah jutaan ringgit.

1. Haqiem Rusli dan Wan Anis Sofea

Pada 19 November 2021, penyanyi Haqiem Rusli dan pasangannya, Wan Anis Sofea telah selamat disatukan dan dikatakan kos untuk mengadakan majlis mencecah sebanyak RM7 juta ringgit. Pasangan itu dinikahkan dengan mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000.

2. Raja Ilya dan Trent Garrett

Pelakon Raja Ilya bersama ahli perniagaan berasal dari Australia itu telah diijabkabul pada 23 Disember 2018 di Perth, Australia. Selepas 9 bulan, majlis bertemakan perkahwinan Inggeris dan malam muzikal itu meriah disambut di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyle Mall, Subang. Kos sebanyak RM10 juta telah dihabiskan untuk majlis tersebut.

3. Datuk Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid Mohd Jiwa

Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza telah bernikah dengan Datuk K pada 1 Ogos 2006 dan itu menjawab persoalan banyak pihak apabila ditanyakan siapa cinta hati TokTi ketika itu. Dilaporkan penyanyi tersebut telah menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Jumlah tajaan pasangan itu dari segi barang kemas, pakaian dan lain-lain lebih dari RM9 juta. Gaun dipakai oleh Datuk Siti yang disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi pula berharga RM300,000.

4. Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Sememangnya mengejutkan kerana majlis perkahwinan pasangan selebriti ini mendapat tajaan bernilai lebih RM25 juta ringgit. Beberapa pakaian telah dipakai oleh mereka dan antara paling diingati adalah tema Bollywood. Difahamkan mereka juga menyertai kelas Bollywood selama tiga bulan untuk menjayakan tarian semasa majlis terbabit berlangsung.

Biarpun tidak mendedahkan kos melangsungkan majlis perkahwinan mereka, sudah semestinya ia menelan kos ratusan ke jutaan ringgit untuk satu malam dan dilaporkan ia mencecah RM30 juta.

5. Mazuin Hamzah dan Duli Yang Teramat Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuri Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah

Info mengenai majlis perkahwinan yang dilangsungkan oleh kedua mempelai ini tidak terlalu banyak kerana berlaku 35 tahun dahulu. Persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan berlangsung selama berbulan-bulan dan mereka disatukan pada tanggal 11 Februari 1987.

Perkahwinan mereka dikatakan kekal sebagai perkahwinan yang paling gemilang dalam kalangan artis tempatan hingga ke hari ini. Vila mewah, kereta bernilai ratusan ribu ringgit, barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit antara hantaran diterima penyanyi popular.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: beautifulnara/achikdia.com