Ini Jawapan Padu Syamsul Yusof BiIa Ada Tanya Kenapa Perlu Kahwin Satu Lagi Sedangkan Isteri Cantik

Takdir Allah! ini jawapan yang diberikan oleh pengarah terkenal Syamsul Yusof berkenaan perkahwinan kontroversinya dengan Ira Kazar yang hangat diperkatakan semalam.

Menerusi Tik Tok yang dimuatkan tengah malam tadi, Syamsul, 39, meletakkan gambarnya bersama tulisan berbunyi pertanyaan “kenapa perlu kahwin satu lagi sedangkan isteri cantik?

Bersama gambar seterusnya, Syamsul menulis ‘Jodoh, Rezeki, Ajal Dan Maut, Itu Semua Rahsia Allah.

Video ini dihasilkan dipercayai bagi menjawab berkenaan isu hangat yang menjadi perhatian dan perbualan masyarakat sekarang.

Terdahulu, Syamsul semalam akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar.

Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram.

Syamsul berkata, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hmetro/achikdia.com