Ini Keadaan Jaclyn Victor Selepas Pilih Untuk Bercer4i, Saya Dah Cuba SeIamatkan

Selepas mendedahkan sudah bercerai Januari lalu, penyanyi Jaclyn Victor mendedahkan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda.

Jaclyn, 42, berkata, dia langsung tidak menyangka pintu hatinya akan terbuka buat kali kedua dengan mana-mana lelaki selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.

“Saya tak pernah jangka akan bertemu lagi dengan lelaki yang dapat menerima status saya sebagai ibu tunggal beranak dua, namun apa yang saya dapat katakan ialah kini saya dah bertemu seseorang”

“Saya gembira, dia memang seorang lelaki yang baik. Malah dapat menjaga dan pandai ambil hati anak-anak sehingga mereka memanggilnya dengan gelaran ‘papa’,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang ini ditemui semasa majlis perasmian B.A.T.S Restaurant and Lounge miliknya yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar.

Ibu kepada Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera yang berusia tiga tahun ini bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

“Biarlah saya simpan dulu siapa orangnya, apa yang pasti dia bukan daripada industri hiburan. Malah yang lebih menarik tentang jejaka terbabit ialah dia tidak mengenali diri saya sebagai seorang penyanyi pada awal perkenalan kami”

“Walaupun dia seorang bapa tunggal yang sibuk dengan kerjaya, dia akan sentiasa meluangkan masa hampir saban hari dengan anak-anak saya. Kalau mereka boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semuanya kerana usaha jejaka ini,” tambah Jaclyn.

Jaclyn yang lebih mesra disapa Jac sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera selama lima tahun sebelum mengumumkan bercerai Januari lalu.

Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!

Di sebalik kejayaan dan kemasyhuran yang dimiliki Jaclyn Victor hari ini, ada kisah yang tersemat kemas di sanubari anak seni ini. Bukan mudah baginya mendaki puncak kejayaan apatah lagi dia bukan berasal dari keluarga berada.

Namun, kesusahan yang pernah dialami Jaclyn memberikan kekuatan semangat buatnya dan tiga adik lelaki lain untuk terus tabah menghadapi dugaan kehidupan. Pastinya, tulang belakang Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini ialah ibunda kesayangan iaitu Maggie Victor.

Meskipun Jac kini mampu memiliki segala yang diimpikan tapi jasa dan pengorbanan ibunda tersayang sepanjang membesarkan dirinya dan tiga beradik yang lain sentiasa terpahat di fikiran.

Betapa dia menyayangi ibunya lebih-lebih lagi sejak mendiang bapa meninggal dunia ketika Jac baru berusia sembilan tahun.

Perjalanan hidup Jac dipenuhi dengan cabaran hidup. Selepas kematian bapa, ibunya menjadi tempat bergantung dan sanggup melakukan tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka.

Mengimbas kembali detik itu, Jac menerusi media sosial miliknya pernah berkongsi kisah ratu hatinya kepada umum.

“After my dad passed all, she had in remembrance of him were her children. I’ll admit, there must have been a million times when she would have thought ARGHHHH I don’t need this or what did I ever do to deserve this. We weren’t the easiest bunch, that’s for sure”

“Still she persevered and gave us the best of her youth (she was only 31 when my dad passed) and all her years without taking a second for herself. If she found 5 sen on the road she would save it. I suppose when push comes to shove, anybody would do whatever it took to bring up 4 little kids”

“Or so I think. I don’t khow if I would have the strength to or not. It would take a special kind of person. My mom is that special person. She is my best friend and the best mom and Nana to her children and also her grandchildren”

“I love you Ma, with all my heart and my whole being. Thank you for everything that you have done and continue to do still. I would be lost without you. I pray that you have many more wonderful and healthy years ahead of you. God bless you forever and ever.”

Hasil perkongsian hidup, Jac dikurniakan dua cahaya mata iaiatu Jonah Joshiah Rivera berusia tujuh tahun dan Molly Marguerite Rivera, lima tahun. Kedua-dua anak kesayangan Jac ini lahir pada tarikh sama iaitu 24 Ogos.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: nona/achikdia.com