Ini Respon Puteri Sarah SeteIah Kec0h Syamsul Nak Saman Jawi Tentang Perkahwinannya, Benda Baik

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Syamsul menerusi kiriman suara berdurasi satu minit dan 59 saat yang dihantar menerusi WhatsApp berkata, tindakan itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya mengenai perkara itu.

“Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya.

Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya.

“Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan apa kenyataan Jawi yang didakwa fitnah terhadapnya itu.

Menurut Syamsul, cukuplah dia berkongsi sebab untuk mengambil tindakan saman itu dan selebihnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Difahamkan, Syamsul kini berhadapan kemelut rumah tangga dengan isterinya juga pelakon Puteri Sarah, 37, atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.

INI RESPOND ISTERI SYAMSUL TENTANG DIA NAK SAMAN JAWI

Selepas suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof buat kenyataan akan menyaman Jabatan Agama Islam JAWI ini respond isteri syamsul.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hm/achikdia.com