
Nama anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kaza menjadi bualan hangat selepas dia dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Lebih panas lagi apabila Ira disaman Puteri Sarah selepas dia berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Terbaru, tular di media sosial rakaman video pendek memaparkan Ira berkumpul bersama keluarga di hari raya.
Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila seorang lelaki dipercayai saudaranya menegur secara berseloroh supaya wanita itu tak buat hal. Namun, Ira dilihat hanya tersenyum kelat.
Saudara mara yang berada di sekeliling tertawa melihat situasi itu, tambahan pula orang lain turut terkena tempias apabila dinasihati ‘jangan kahwin’.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang simpati dengan Ira yang disindir secara terbuka dengan ahli keluarga.
Tak kurang juga yang menganggap teguran keluarga lebih pedih jika dibandingkan dengan komen-komen netizen di media sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: TT cerita/achikdia.com