Jangan Lupa Diri, EIyana Dik3cam Buat Trend Swipe, KaIau S4kit BaIik Jangan Tanya Kenapa Tidak Diberi Kesembvhan

Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, penyanyi Elyana terus menerima kecaman netizen, namun ada yang memberikan kata-kata positif buatnya.

Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video menari mengikut trend lagu terkini nyanyian Alpyh iaitu Swipe.

Menerusi video itu kelihatan Elyana lincah menari dengan latar belakang cahaya lampu merah dan biru.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila ada yang terkenang kembali ketika Elyana sakit sebelum ini.

Tidak kurang juga, ada netizen mendakwa penyanyi itu seolah lupa diri seleaps sembuh dari sakit kanser limfoma.

Pada Ogos lalu, Elyana mengakui tidak lagi berhijab. Elyana berkata dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Diminta Pergi Mati, Elyana Tenang Balas Komen

Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, penyanyi Elyana terus menerima kecaman netizen, namun ada yang memberikan kata-kata positif buatnya.

Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian apabila memuat naik paparan komen seorang individu yang mendoakan agar penyanyi itu mati kerana tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

Tulis individu itu, penyanyi itu seolah tidak bersyukur dengan peluang diberikan selepas bebas daripada kanser limfoma tahap empat.

“Orang macam ni elok mamp*s je tak tahu bersyukur Allah dah bagi sambung nyawa. Tak payah lah nak agung-agungkan dia ni,” tulis individu itu.

Tenang dengan komen negatif oleh netizen itu, Elyana dilihat membalas dengn mendoakan agar individu itu dipanjangkan usia serta diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Difahamkan, komen tersebut ditinggalkan oleh individu itu pada sebuah posting video persembahan Elyana.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan komen dilemparkan individu itu melampau dan keterlaluan. Bagaimanapun, ada netizen berpendapat meskipun teguran itu kasar namun sangat mendalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: rotikaya/achikdia.com