JeIas Sangat PantuIan Tu, Netizen Sahkan Shuib Bercinta Dengan Watie ApabiIa DiIihat Makan MaIam Bersama

Pelawak dan usahawan popular, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menjadi bualan hangat netizen gara-gara dia dikatakan keluar makan malam bersama seorang usahawan wanita dan juga anak-anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia membawa dua orang anaknya iaitu Dzahira Talita Zahr dan Ariq Matin ke restoran Gordon Ramsay untuk menikmati makan malam bersama.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen, kelihatan pantulan di cermin susuk tubuh seorang wanita yang dipercayai Wati Hanifiah sedang menangkap gambar Shuib dan anak-anaknya.

Bahkan, dakwaan mereka menjalin hubungan percintaan semakin kuat apabila menjengah ke IG Story Wati, terdapat beberapa gambar dia berada di restoran tersebut dan video yang terdengar suara milik Shuib.

Takyah la berselindung lagi Shuib!

Susulan itu, ramai yang menegaskan agar Shuib tidak perlu lagi berselindung dan memperkenalkan sahaja kepada umum wanita yang sudah menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Peminat teruja!

Bukan itu sahaja, ramai netizen terutamanya peminat turut teruja apabila melihat Shuib sudah bahagia bersama pasangannya dan mendoakan agar dia segera membina mahligai bersama pilihan hati.

Malah, ada juga netizen meminta agar orang lain menghormati apa jua keputusan Shuib dan tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta tidak sabar melihat usahawan itu kembali mendirikan rumah tangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig iamwatie/shuibsepahtu/achikdia.com