Kasih Seorang Ayah Tiri, Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Aliff Awang, Pegang Tangan Tak Lepas

Umum mengetahui, pelakon Fatin Afeefa selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih jutawan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu.

Baru-baru ini, perkongsian Fatin Afeefa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan kemesraan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia dengan bapa tirinya.

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, Ivy dilihat memegang tangan Aliff sambil bermain dengan cincin dipakai bapa tirinya itu.

Malah, Ivy juga dilihat berpegangan tangan dengan Aliff ketika sedang berjalan, manakala Fatin berjalan bersama anak lelakinya.

Dalam video tersebut, Fatin sempat berseloroh mengatakan anak perempuanya itu tidak bagi chance langsung kepadanya.

Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang suka melihat keakraban Ivy dengan ayah tirinya itu serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rk/achikdia.com