Kejap Pakai Kejap Tak Mana Satu Ni, Nelydia Senrose TanggaI Tvdung Ketika Bercuti

Hampir enam bulan bertudung selepas pulang mengerjakan ibadah umrah Disember lalu, pelakon Nelydia Senrose mengejutkan ramai apabila dilihat sudah tidak berhijab.

Menerusi beberapa perkongsian di IG Story, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen yang kini bercuti di Bali, Indonesia dilihat sedang bersantai bersama beberapa orang ahli keluarganya tanpa memakai tudung.

Imej bertudung sebelum ini mendapat pujian ramai di mana dia turut memuat gambar ketika kembara percutian di Timur Tengah beberapa bulan lalu.

Dalam temubual sebelum ini bersama mStar Nelydia berkata, dia tidak terlalu terburu-buru mengesahkan sudah memakai tudung sepenuhnya.

Imej bertudung Nelydia mendapat pujian ramai

“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah. Saya memang ke arah itu, cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya yang masih bertatih. Dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar