Kilafairy Dik3cam Gara-Gara Sekarang Pakaiannya Makin K3tat, MuIa-MuIa Berhijab DuIu Ok Je

Mula berhijrah membuat keputusan untuk mengenakan tudung pada Syawal dua tahun lalu, penampilan pelakon Kilafairy mendapat reaksi positif daripada netizen yang suka melihatnya berhijab.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada cerita tak sedap didengar apabila ada yang kurang senang dengan penampilan Kilafairy yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya bertudung.

Baru-baru ini, Kilafairy ada memuat naik gambarnya berada di sebuah acara majlis mengenakan busana jumpsuit berwarna biru gelap dan tudung berwarna hitam.

Rata-rata netizen seolah kecewa dengan penampilan pelakon itu yang dilihat agak ketat dan tidak sesuai dengan imej muslimah.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka lebih sukakan penampilan Kilafairy ketika di awal bertudung sebelum ini dimana pakaiannya lebih longgar dan bertudung labuh.

Sementara itu, ada yang mendoakan agar pelakon itu diberikan hidayah dan terus istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Rk/achikdia.com