Kini Alip Datang Lagi, Kali Ni Bagi Enam Tips Nak Buat Apa DimaIam Pertama Buatkan Netizen J1jik

Umum mengetahui, usahawan popular, Datuk Aliff Syukri merupakan seorang usahawan yang kerap memasarkan pelbagai produk.

Baik produk kecantikan mahupun makanan, Aliff Syukri sering dilihat mempromosikan produk-produknya menerusi platform sosial media.

Begitupun, baru-baru ini, tindakan Aliff Syukri mempromosikan produk khas untuk lelaki menyorot kritikan netizen apabila usahawan berkenaan memberikan panduan malam pertama secara terang-terangan.

Aliff Syukri, tampil dengan tidak berbaju dan hanya menyangkut sehelai tuala sahaja di leher berkongsi tips berkenaan sambil menyarankan pengikut mencuba produk yang dikeluarkannya.

Kongsi Tips Malam Pertama Sambil Promosi Produk, Aliff Syukri Undang Rasa Kurang Senang Netizen

“Tips malam pertama untuk pasangan baru berkahwin tag pasangan anda… Siapa setuju sila komen di bawah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

RESPOND NETIZEN:

Melihat pada ruangan komen, ada yang mempersoalkan sebab utama Aliff Syukri berkongsi kandungan seperti itu di laman sosialnya.

“Done unfollow, macam takda faedah,” tulis seorang netizen.

“Jijik,” seorang lagi netizen meninggalkan komen pada video berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan agar Aliff Syukri mengenakan baju ketika merakamkan video.

“Pakai baju lah geli aku,” komen pengikutnya.

Selain itu, ada juga yang tidak kisah dengan kandungan yang dikongsikan oleh Aliff Syukri dan menganggap ia sebagai satu bentuk ‘pelajaran’.

“Education. Kalau mindset kotor ya fikir tak elok. Kalau jenis open minded ya fikir ni education. Ok?,” kongsinya.

VIDEO:

Sumber: Gempak