Lepas CikB Bagitahu Tak Setuju, DS Vida Dedah Apa Telah Jadi Dekat Iqbal

“Saya macam tak naklah ada ayah baharu, dah cukup ada lima ayah,” demikian luahan anak sulung jutawan k.osmetik Datuk Seri Vida, Cik B.

Memetik wawancara Cik B bersama program hiburan popular pada Ahad, kata empunya nama Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, dia tetap dengan keputusannya tidak bersetuju dengan pilihan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal Zulkefli.

Kata Cik B, perbezaan ketara usia antara ibunya dan Iqbal menjadi faktor utama dirinya tidak merestui hubungan mereka.

“Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 27. Macam mana abang Iqbal boleh sukakan orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta,” katanya.

DS Vida Tampil Lepas Cik B Tak Setuju

“Sebenarnya Cik B ni seorang yang pr.otective…Dia t.rauma dan t.akut sejarah silam saya berulang lagi. Kega.galan saya bersama suami sebelum ni pun berlaku depan mata dia,” katanya kepada Gempak.

Vida atau turut dikenali dengan panggilan singkatan DSV itu dihubungi oleh Gempak selepas Cik B membuat kenyataan kepada media bahawa dia tidak bersetuju dengan keputusan ibunya untuk mendirikan rumah tangga dengan Iqbal.

Pun begitu, Vida memberitahu Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadinya sebelum ini akui terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Cik B yang menganggap cerita perkahwinan mereka sebagai konten pemasaran.

“Kenyataan Cik B memang memberi tamparan hebat buat Iqbal untuk telan semua ini. Tapi saya tetap mendoakan dan buat yang terbaik buat Cik B dengan melakukan solat hajat dan sebagainya supaya dia tenang dan tidak memb.erontak”.

“Insya-Allah satu hari nanti saya harap dia boleh terima kehadiran papa baru…Walaupun muda tapi matang dan boleh membantu saya capai kebahagiaan kekayaan di dunia dan akhirat,” katanya lagi.

Meskipun timbul cakap-cakap belakang mengenai kisah jalinan hubungannya dengan Vida, bekas pembantu peribadi usahawan k.osmetik itu, Ahmad Iqbal Zulkefli (Iqbal) tidak melihat perasaan yang timbul seperti bertepuk sebelah tangan.

Secara peribadi, Iqbal berkata, dia juga tidak melihat ia sebagai penghalang biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka. Namun, kata Iqbal, dia tidak berani untuk menterjemahkan perasaan itu lebih daripada apa yang sepatutnya.

“Saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan”.

Sejak minggu lalu, nama pasangan ini menjadi sebutan warganet apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : Astro/IG

Kredit Artikel: INFO TERKINI

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: