lG Intan Najuwa Dibanjiri Kerana Pemakaian Semakin Menarik, Baju Nampak Bahagian Perut

Tindakan pelakon kecil molek, Intan Najuwa memuat naik beberapa keping gambar ketika bercuti di sebuah lokasi telah menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi perkongsian semalam, pelakon berusia 25 tahun itu mengenakan busana berona hijau dimana bahagian perut dan peha dari sisi dilihat sedikit terdedah.

Berdasarkan kapsyen ringkas ditulis, Intan mengakui sangat memerlukan percutian sebegitu apatah lagi ramai mengetahui jadualnya yang padat sebagai artis dan pelajar jurusan undang-undang.

Bagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap penampilan pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu yang did4kwa semakin Wow.

Menurut netizen, Intan perlu menjaga imej sebagai ‘public figure’ dengan sebaiknya kerana busana digayakan seolah-olah boleh “mengundang” segelintir golongan lelaki.

“Kak Intan kenapa sekarang makin pakai ketat muka tu cantik dah tapi kenapa kak Intan tak pakai tudung”

“aurattt.kita kan pada era akhir zaman.kot ye pun nk free hair baju tu jgnla sampai menaikn nfsu lelaki”

“Di hari baik bulan baik.. eh terkomen pulak”

“Dulu masa x naik sopan je pakai ttup aurat.…. Ni dah naik sikit bukak dah pekung dldada….”

“Serieassla najwa ke ni..macam tak caya .sejak bila jadi mcm ni..baru2 dulu kat tv nmpk lain…skrg macam ni”

“Wahh mem org barat ..”

“Janganlah membiarkan org yg bukan muhrim kita pandang susuk tubuh kita. Ins4flah…”

“sbb nak glamor abis buka slow….. Dasar artis murahan….. Murah harga dirimu dg pujian org terg4dai marvah diri….Marvah diri n keluarga kau juga…”

Selain teguran, rata-rata memuji kecantikan dan kecomelan pelakon tersebut dengan meninggalkan emoji ‘hati’ dan ‘berapi’ di ruangan komen.

“You look so gorgeous and stunning”

“Demam panas tgok intanku”

“Wow so beautiful and cute as always”

“Your outfit always”

“Cantik baju”

Namun begitu, Intan tidak memberikan sebarang respons berhubung teguran berkenaan dan terus membiarkan gambarnya menerima hampir mencecah 61,000 tanda suka.

KOMEN NETIZEN

Memiliki cinta daripada seorang lelaki yang menerima diri seadanya merupakan impian setiap wa­nita termasuk pelakon jelita, Intan Najuwa.

Menurut Intan Najuwa, dia mahu lelaki yang menjadi pendampingnya kelak menerima dirinya yang sebenar bukannya sebagai selebriti dikenali ramai.

Namun, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, itu enggan meletakkan sebarang sasaran dalam mana-mana hubungan cinta terutama daripada pasangan.

“Perkara paling penting ialah tidak meletakkan jangkaan terhadap pasangan. Jangkaan hanyalah satu syarat untuk mencintai seseorang.

“Cinta sebenar tiada syarat. Saya hanya inginkan seseorang lelaki yang menerima dan melihat diri sebenar di sebalik kemasyhuran yang dimiliki,” katanya.

Selama ini, pelakon drama Bunga Hati itu juga tidak meletakkan sebarang syarat dalam setiap hubungannya.

“Sejujurnya, saya juga tidak kisah tentang material (harta benda). Cinta sejati susah untuk diraih, kita cuma boleh berharap untuk menemuinya sekali dalam hidup atau mungkin tidak akan dapat,” katanya lagi.

Perkara itu dikongsi selepas Intan Najuwa diajukan soalan oleh pengikut Instagramnya mengenai sasarannya dalam sebuah hubungan cinta.

Intan pernah digosipkan menjalin hubungan cinta de­ngan aktor kacak, Zul Ariffin selepas mereka digandingkan bersama dalam beberapa buah drama.

Pelakon cantik itu pernah menerima hadiah senaskhah al-Quran daripada Zul sempena ulang tahun kelahirannya ke-24 pada tahun lalu.

Zul bagaimanapun menjelaskan hadiah tersebut ha­nyalah pemberian daripadanya kepada seorang sahabat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo/APPLE HIJAU/achikdia.com