lni Jawapan Shuk BiIa Ada Yang Bertanya BeIiau Sudah Pun Bernikah Dengan SkandaI Kontr0versinya Dan Minta Doakan Yang Terbaik

Nama selebriti Shuk Sahar tidak pernah senyap daripada kontroversi panas. Belum reda isu rumah tangga dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, timbul pula desas-desus yang mendakwa Shuk sudah berkahwin dengan Fara Salleh.

Ketika ditemui OhBulan!, Shuk, 36, menafikan spekulasi yang bertebaran di media sosial. Kata pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia ingin menyelesaikan dulu ketegangan yang berlaku antara dirinya dan Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera.

Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun berkaitan dengan hubungan saya, lebih baik saya selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu.

Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana

Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.

Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini.

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan ke arah menghalalkan hubungan, Shuk ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan.

Buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun pasal hal lain.

Shuk berkata demikian ketika ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, pada Ahad.

Doakan yang terbaik

Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 sudah serik untuk mengupas setiap kali isu timbul kerana akan disalaherti dan akhirnya berlaku perdebatan dengan netizen.

Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi?

Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja untuk saya. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang.

Sumber: Instagram @shuk_sahar via Oh Bulan