lni PenjeIasan Nourul Depp Buat Ramai Terkedv ApabiIa Tervk Dikec4m Kerana Gembirakan Mertua Sambut Krismas Di BaIi

Sambutan Hari Natal tahun ini turut diraikan oleh penyanyi Nourul Wahab bersama keluarga mentuanya di Bali, Indonesia. Nourul atau nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 45, memberitahu mentuanya mengunjungi kediamannya di Bali bagi menyambut perayaan Krismas itu.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah memberikan hadiah sesama mereka.

Nourul Depp sambut Krismas bersama ibu bapa mentua.

“Semalam, tak sempat nak tulis kapsyen bagi habis. Ibu dan bapa mentua ada di sini. Saja bagi mereka gembira.

“Apa pun, mentua saya tak amalkan sangat dah agama mereka. Kami buat semua ini untuk gembira dan raikan hadiah hujung tahun,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Nourul menerusi Instastory miliknya pada Ahad. Penjelasan itu juga dibuat susulan komen negatif netizen yang mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan tersebut memandangkan dia beragama Islam.

Sebelum itu, Nourul menunjukkan kemeriahan anak-anaknya seronok menerima hadiah Krismas mereka dan menghiasi rumah dengan pokok Krismas. Nourul turut memuat naik video suaminya, Eric Daniel Depp membuat persediaan menyambut Krismis.

Anak-anak dan ibu bapa mentua Nourul gembira dapat hadiah Krismas.

Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam. Dalam hal ini, Nourul berkata perayaan tersebut tidak membuatkan dirinya jauh dari pegangan agama Islam kerana hanya dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.

“Jika terpesong, bermaksud sebagai Islam yang ‘mass’ di gereja (sembahyang untuk orang Kristian), itu, boleh hukum saya.

“Saya tak pernah meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu yang menghukum itu, terimalah nanti,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com