lni Yang Terj4di Kepada Anak2 ApabiIa EIlie Suriyati Berc3rai Dengan Svaminya Azri Iskandar

“Mereka (anak-anak) sangat matang untuk faham,” kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, mengenai perceraiannya dengan pelakon, Azri Iskandar, 54, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Ellie berkata, dia dan Azri mendidik dua anak mereka, Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13, serta anak tiri Ellie dengan cara sentiasa berfikiran terbuka, bersuara dan kongsi buah fikiran terhadap apa saja isu.

Malah, dalam soal perceraian itu menurut Ellie, anak-anaknya sudah memberikan buah fikiran mereka.

“Cara kami besarkan anak-anak adalah bagi mereka bersikap terbuka, bersuara dan kongsi buah fikiran dalam apa saja isu. Itu cara kami besarkan anak-anak. Dalam perkara ini (perceraian), mereka sudah bagi buah fikiran”

“Azri sangat rapat dengan anak-anak dan mereka komited dengan saya. Tidak ada istilah anak-anak menjadi sasaran dan mangsa keadaan akibat perceraian ini”

Kami sangat terbuka bincang dalam apa juga isu. Begitu juga dengan anak tiri pun sama. Walaupun mereka muda, tapi boleh terima secara matang.

“Saya tak cakap buruk pada anak-anak mengenai bapa mereka, begitu juga dengan dia. Sama-sama hormati mak ayah. Pendek kata, ‘positive energy’ diterapkan dalam diri mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, perpisahan yang berlaku bukan bermakna dia dan Azri bertukar menjadi musuh.

“Walaupun usia perkahwinan kami 19 tahun, tapi kalau ikutkan saya sudah 22 tahun dengan dia. Sudah banyak yang kami lalui bersama. Tak boleh musuhi satu sama lain pun”

“Cuma dalam perkara ini, kami sudah usaha dan tawakal bagi menyelamatkan perkahwinan. Sudah buat semua tu. Malah, sudah tertulis antara kami adalah perpisahan,” katanya.

Sumber : Hm/Achikdia