lnnalillah, Achey Sebak Baru BaIik Kerja Dapat Berita Yang Sangat Meny3dihkan, lni Lvahan BeIiau

Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Berita duka tersebut diterima Achey ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di sebuah acara.

Achey sempat memuat naik hantaran video di laman sosial Instagram (IG), ketika dia memberhentikan motor di tepi jalan dan menangis teresak-esak.

“Innalillahiwainnaillahirojiun…Mak baik, mak pergi pada bulan yang baik. Kami reda, Ya Allah,” katanya menahan sebak sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibu tercinta.

VIDEO:

Difahamkan, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak awal bulan lalu dan kritikal sejak malam Ahad.

Allahyarham Ngaisah mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.

Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.

Salam takziah kepada keluarga Achey. Innallilah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAk