Lvahan Sayu lsteri Achey, Reaksi 4nak Turut Buat Ramai T3rsentuh, Ma4fkan Saya Belum Beri Zuri@t Buat Awak

Perkongsian pelawak terkenal, Achey Bocey berkenaan keputusan rawatan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) yang dijalankan oleh isterinya telah menyentuh hati ramai pihak termasuklah rakan artis.

IVF isteri negatif. Difahamkan, rawatan terbabit masih belum berjaya dan Achey sempat berkongsi momen menenangkan keadaan isterinya yang menangis kerana masih sedih dengan keputusan tersebut.

Maaf belum bagi rezeki zuriat. Selepas perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya agar bangkit dan terus berusaha.

Disebabkan ramai yang prihatin dengan keadaannya, Anne sempat memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada semuanya dan semua yang terus mendoakan agar dia dan Achey menimang cahaya mata sendiri.

“Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak….bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak2…Jaga saya time sakit…Saya hargai sangat2…..Maaf kan saya belum ada rezeki utk saya bagi awak zuriat….InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya sebak.

Belum boleh jadikan Tiara kakak. Dalam pada itu, Anne turut berkongsi momen dia dipeluk anak tersayang, Tiara Zinnirah yang turut menangis melihat ibunya dalam keadaan sedih kerana rawatan IVF yang dijalankan belum berhasil.

Isteri kepada pelawak itu juga meminta anaknya, Tiara untuk bersabar kerana belum boleh menjadikannya kakak kerana tidak berjaya untuk hamil lagi.

Terus kuat, teruskan berdoa. Perkongsian tersebut nyata membuatkan banyak pihak sebak kerana sedar perjuangan seorang wanita yang sudah berkahwin ingin merasai pengalaman hamil.

Mereka juga terus-terusan mendoakan agar Anne dan Achey diberi zuriat sendiri dan kekal kuat berjuang supaya tidak patah semangat.

“semoga awak dikurnia kan zuriat suatu hari nanti… jangan berhenti berdoa”

Untuk rekod, Achey dan isteri telah berkahwin sebelum pelawak itu terjun ke dunia hiburan lagi. Selepas lama berumah tangga dan belum memperolehi zuriat sendiri, mereka telah diberi rezeki oleh Allah S.W.T dengan mengambil seorang anak angkat perempuan yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ohmymedia/achikdia.com