Macam Bukan lslam BiIa SeIamba Menjawab Tentang BerpeIukan Di Genting HighIands, KaIau Dah Kehendak Pengarah

Pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa mencuri perhatian ramai apabila sebuah rakaman video pasangan itu berada di kota keriangan Genting Highlands tular di laman sosial

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna lovethy memuat naik video aksi dun pelakon itu saling berpelukan sambil Intan memegang tangan Aliff.

Meraih pelbagai tanda tanya dan spekulasi wargamaya, perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter yang mengandingkan Aliff dan Intan sebagai pelakon utama

“Diorang shooting drama Jelah. Jangan salah faham #biasalah dramamelayu,” tulis penguna tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang variasi reaksi yang berbeza daripada wargamaya.

Dalam pada ramai yang tidak menyangka pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu bersentuhan dengan pelakon wanita, tidak kurang juga timbul rasa respek pada Aliff yang sentiasa membawa isterinya, Bella Astillah ke set penggambaran.

Antara komen netzen:

“Amin lyda: Semoga Allah sentiasa pegang hati si lelaki untuk terus berpegang teguh dengan niat berubah demi isteri dan anak-anak”

“Akid Shaharuddin: Ingat aliff betul-betul berubah. Betul la kan Allah maha bolak balikkan hati manusia,”

“BUNGA APRIL: Huishhh kalau aku jadi bini dia. Tak sanggup duh kena shooting gini”

“Aten Risya: Tapi All if pergi shooting dia hawak wife dia. Itu yang respect dengan Aliff”

“ikmalmorata mi la cabaran bile berkahwin dengan pelakon, hati kene kental”

“????????????: Jahh Aaliff, dah berubah tapi why shooting macam tu? hmm”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700.000 tontonan daripada warga TikTok

Jodohku Babysitter merupakan drama 20 episod adaptasi novel karya Nureen Ahmad yang akan mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Selain daripada Aliff dan Intan, drama itu dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman dan Tayha Nazira

Sumber : gempak/achikdia.com