Mak Wan Akhirnya MengaIah, Tiada Apa BoIeh Saya Buat KecuaIi Men4ngis T4han S4kit

Bagaikan episod berantai, satu demi satu kisah ‘keburukan’ pelakon veteran, Mak Wan Latah, 61, didedahkan.

Malah, perbuatan bekas pembantu peribadi yang mendedahkan perbuatan syirik menerusi beberapa video tular dalam aplikasi TikTok meletakkan Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud dalam bara api.

Bekas pembantu peribadi itu mendakwa, dia dan bekas suaminya antara mangsa Mak Wan dan diberi minum ‘benda kotor’. Malah, wanita itu turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit dan barang kemas miliknya yang didakwa diambil Mak Wan.

Mengulasnya, Mak Wan mengakui perbuatan individu ini memberi kesan kepada emosinya

“Saya tidak selera makan dan merasai kesedihan mendalam kerana belum pernah diaibkan seteruk ini. Siang malam saya hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi”

“Saya juga tidak pasti kenapa individu ini bertindak sedemikian. Mungkin otaknya sudah tidak berapa betul. Dia nak tulis atau buat apa sahaja, itu haknya dan saya tak mampu menghalang,” katanya kepada BH Online.

Pelakon itu turut mempersoalkan kenapa memuji dirinya sebelum ini

“Sebab nak duit saya, kan? Kenapa apabila saya tak nak, buat cerita macam-macam?”

“Biarlah, buatlah apa nak buat, tetapi saya tidak akan sesekali membuka aibnya. Lagipun, Allah ada. Saya percaya Allah sentiasa bersama saya,” katanya.

Mak Wan berkata, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taiping, Perak kerana kes berlaku di Batu Kurau.

Pelakon veteran itu juga enggan mengulas lanjut mengenai video bertengkar dengan lelaki tua sambil menendang pintu kerana percaya Allah ada dan sentiasa bersamanya.

“Terserahlah mahu menganggap saya apa sahaja, itu hak masing-masing. Sebagai manusia, saya percaya diri sendiri. Lagipun, manusia zaman sekarang lebih percaya kepada fitnah berbanding kebenaran”

“Saya reda. Saya tak baik, tetapi saya juga tidak jahat. Tak mengapa, apa yang lebih penting, Allah tahu siapa saya dan apa yang dilakukan,” katanya.

Antara petikan video yang didedah dan ditularkan bekas pembantu peribadi

Mengulas sejauh manakah kebenaran individu itu didakwa memukul, menendang dan mengugut mahu membunuhnya, Mak Wan berkata, dia tiada daya mahu melawannya.

“Sekiranya melawan, saya kena lagi teruk. Orang yang berada bersama saya pun tak berani mahu membantu, hanya mampu melihat sahaja”

“Sebenarnya, sudah lama saya diamkan. Kekasarannya terhadap saya baru sahaja dilaporkan kepada polis. Banyak kali saya kena pukul, tendang, tumbuk dan baling kepala saya dengan botol yang masih penuh air”

“Kejadian berlaku, tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, lagipun, telefon bimbit saya dipegangnya. Kali terakhir dipukul di depan ramai saksi termasuk ibunya. Apapun, semua bukti saya serahkan kepada polis”

“Dalam usia 61 tahun, tiada apa yang boleh saya buat kecuali menangis dan menahan sakit,” katanya,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BH/achikdia.com