Mawar Karim Tidak Berdiam Diri, Selepas Dikatakan Akan Bankrap, Terus Dedah Siapa Individu Cuba Buat Sesuatu Kepadanya

Sebelum ini kami melaporkan bahawa usahawan selebriti, Mawar Karim didakwa cuba melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.

Mawar juga dikatakan akan berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrap selepas meminjam sejumlah wang berkenaan daripada seorang sahabatnya.

Walaubagaimanapun, Mawar tampil berkenaan isu ini menerusi IG Story di akaun Instagram miliknya.

Wahai S, tak habis-habis lagi buat cerita fitnah pasal saya. Tahun lepas pasal SJR, cukup setahun pasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrupt pulak dah.

Usahawan selebriti itu mengatakan bahawa seolah-olah ada individu yang digelarnya ‘S’ cuba cari pasal dan membuat cerita buruk tentang dirinya seperti yang tular di media sosial.

Jangan sampai cerita jadi terbalik?

Nak bagi saya malu dekat 1 Malaysia, jangan one day terbalik pulak cerita nya. Orang tahu siapa gerangan S.

Mawar juga turut mengatakan berita yang tular pasal dirinya ini dilakukan ‘S’ adalah untuk memalukan namanya. Korang tahu ke siapa ‘S’ yang dimaksudkan Mawar tu?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih