Memang Pedas, Kakak Ira Kazar TampiI Bersvara Dan Ini Kata Kata Dia Untuk Puteri Sarah

Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku”

“Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.

Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.

“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat”

‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.

Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.

“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HMETRO/achikdia.com