Memang Sah C3rai, Kini Rupanya Fuad Rahman Bercinta Dengan Tom GV9, Kami Akan Kahwin

Penyanyi dari Singapura, Fuad Rahman mengakui kini sedang asyik bercinta dengan rakan perjuangan dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Tom.

Menurut laporan Astro Gempak, penyanyi berusia 43 tahun itu mula jatuh hati pada minggu kedua konsert sebelum meluahkan perasaan kepada Tom sekitar dua minggu lalu.

“Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti”

“Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya.

Bercerita lanjut, dia mendedahkan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram adalah bekas kekasihnya pada 2005 tetapi mereka terpaksa berpisah oleh kerana dipenjara selama lima tahun.

“Selepas itu kami terus tiada contact lagi. Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baru, saya kahwin dan ada keluarga”

“Manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di GV. Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ”

“Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa Tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah,” ujarnya.

Sementara itu, Fuad menyifatkan ada hikmah apabila mereka dipertemukan semula yang menjadi peluang untuk dirinya menebus kesalahan kerana meninggalkan wanita tersebut sewaktu dahulu.

“Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia”

“Insyallah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan insyallah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin”

“Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik,” kongsinya lagi.

Tiada jodoh.. perkahwinan saya dah berakhir

Terdahulu, Fuad menjelaskan perkahwinan dibina sudah berakhir dengan perpisahan selain mengemas kini status hubungan ‘in relationship’ bersama Tom di laman Facebook.

Kini jalin cinta dengan Tom

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak/achikdia.com