
Pelawak Ali Puteh akan membuat laporan polis selepas menerima mesej daripada nombor tak dikenali hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram, pelawak ini berkata dia mahu berjumpa dengan insan yang telah mengeluarkan kata-kata makian kepada isteri serta arwah ibunya, Sabariah Arshad.
Dapat mesej daripada nombor tak dikenali
Hmm sedih saya sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri saya. Boleh jumpakan saya insan ni. Saya akan ke balis polis untuk cover report insyaallah pasti jumpa insan ni.
Dalam pesanan mesej itu, individu berkenaan dilihat bersikap keterlaluan apabila mengeluarkan kata-kata kesat berunsur lucah memetik ibu dan isteri Ali.
Ali mahu membuat laporan polis untuk mengenal pasti pihak yang terlibat untuk bersemuka empat mata.
Terdahulu, pelawak ini mendapat kecaman netizen selepas mendakwa kakak iparnya, Hidayah, ada membuat ritual khurafat setelah dia menjumpai garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung di sekeliling rumahnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: IG Ali Puteh/achikdia.com