Mimi Fly S0und PortaI Hiburan Tempatan Kerana GeIar Teman Lelakinya Negro

Baru-baru ini, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham itu kecewa apabila terdapat segelintir pihak menggelarkan kekasihnya sebagai ‘Negro’ disebabkan lelaki tersebut berasal dari Afrika.

Menurut laporan mStar Online, Mimi menganggap gelaran berkenaan seolah-olah tidak menghorm4ti kaum African-American sekali gus boleh mengvndang perbalhan.

“Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan Negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap tidak menghorm4ti”

“Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan hamba”

“Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah,” katanya menerusi satu InstaStory hari ini.

Penyanyi berusia 36 tahun itu berkata, dia bersyukur ahli keluarga serta kenalan kekasihnya menerima kehadirannya di sana seperti keluarga sendiri dan berharap masyarakat juga bersikap sama seperti mereka.

“Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab,” ujarnya.

Terdahulu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu kesal apabila sebuah portal tempatan meletakkan perkataan ‘Negro’ pada tajuk laporan berhubung kisah percintaannya.

Mimi sebelum ini mendedahkan sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat.

Mereka mula berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti

Untuk rekod, bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.

Sumber: Achikdia/mStar/iG Mimifly