Nabil Terpukav Teng0k Tandas Sharifah Shahirah, Jang4n Tvnjuk, Nanti Bini Aku Nak Jugak

Siapa tidak kenal pelakon komedi iaitu Sharifah Shahirah atau lebih dikenali dengan nama Shiera. Personaliti Shiera yang sangat mesra dan peramah bukan hanya membuatkan rakan artis malah peminat mudah mendekatinya.

Walaupun sudah memasuki hari raya ke-5, rumah Shiera masih meriah dengan dengan jamuan rumah terbuka. Shiera juga banyak berkongsikan gambar dan video sepanjang hari raya ini dan salah satu video yang menarik perhatian pengunjung di rumahnya adalah bilik air.

Menerusi video itu, kelihatan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang berkunjung ke rumah Shiera sempena hari raya. Ternyata Nabil nampak begitu teruja apabila memasuki bilik air di rumah Shiera untuk mengambil wuduk. Menurut Shiera, ia merupakan ruang yang paling elok berbanding ruang lain.

Apabila Nabil memasuki tandas rumah Shiera, kelihatan sinki dan mangkuk tandas seperti disalut emas dan kertas dinding tandas bertemakan hidupan liar.

Yang menarik perhatian Nabil adalah lampu tandasnya menggunakan lampu chandelier yang cantik. Walaupun Shiera mendakwa semuanya dibeli dari China, namun hiasan tandas di rumah Shiera nampak begitu mewah.

Nabil juga sempat bertanya kepada Shiera sama ada isterinya telah melihat tandas tersebut kerana takut dia juga ‘request’ untuk mengubah suai tandas di rumah mereka seperti itu.

Sangat bersih dan berkilat dengan penggunaan warna gold itu secara tidak langsung telah menyerlahkan lagi tandas itu.

Betullah kata orang, kita boleh menilai keperibadiaan seseorang itu apabila melihat keadaan rumahnya. Pasti ramai yang ingin menjadikan design tandas Shiera sebagai idea untuk rumah masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: cari