Nadia Brian Bvat HaI Lagi Sehingga Ditegvr Netizen Jangan S3ksi Sangat Kerana Gayakan Fesyen Baju D4da T4jam

Fesyen digayakan pelakon, Nadia Brian ke sebuah acara baru-baru ini menerima teguran netizen apabila didakwa agak seksi sehingga ‘menonjolkan’ bahagian tidak sepatutnya.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 31 tahun itu memuat naik video memaparkan penampilannya mengenakan busana serba merah jambu hasil rekaan Adi Suhaizad.

Bagaimanapun, orang ramai kurang senang melihat bentuk fesyen busana tersebut pada bahagian dadanya yang dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menegur pelakon drama Suri Hati itu supaya menukar penampilan ke arah lebih sopan apatah lagi bergelar seorang Muslim.

Selain itu, tidak kurang ada juga segelintir individu menyifatkan Nadia berani menggayakan fesyen berkenaan walaupun menyedari kemungkinan dirinya dikecam netizen.

Dia berani pakai macam ni

Baju memang bentuk macam tu, tapi ramai fikir benda lain

Astaghfirullah.. moga diberi hidayah

Patutnya lumba tutup aurat, bukan tayang

Terdahulu, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu sering ditegur pengikut kerana kerap berkongsi imej serta penampilan yang mengundang kecaman ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Nadia Brian/achikdia.com