Nak BerpoIitik Percakapan Kena SelaIu BerIapik, Zul Huzaimy Disi4sat P0Iis Kerana Kenyataannya Berbaur Ugvtan

Polis membuka kertas siasatan berhubung video pelakon, Zul Huzaimy yang didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi berbaur perkauman dan ugutan.

Menurut laporan BH Online, Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, kes itu akan disiasat mengikut tiga seksyen berdasarkan dakwaan yang dikesan dilakukan Zul.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan siasatan.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, tular video ceramah pelakon berusia 44 tahun itu di atas pentas dalam satu majlis berkaitan sebuah parti politik di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Berdasarkan ceramahnya, dia yang lebih dikenali sebagai Spark dalam filem Remp-It menyatakan sekiranya tiada undang-undang, sudah lama dirinya akan menyembelih orang kafir harbi di Malaysia.

Bagaimanapun, Zul ada tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan maksud sebenar dalam satu video menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Zul berkata, kenyataan kafir harbi dimaksudkan adalah musuh Islam yang nyata, yang benci Islam, suka perkauman serta tidak membenarkan azan berkumandang terlalu kuat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BH/Fb Muhammad Ooi/Ig Zul Huzaimy/achikdia.com