Ne.tizen Tanya Isteri Shuk Per.li Siapa Kerana Beri Am4ran Kepada Kaki Sond0l

Sejak kebelakangan ini, penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing.

Malah, ada netizen mengatakan menangis Shuk apabila melihat Rossa sekarang kerana semakin cantik dan maju kehadapan.

Baru-baru ini, Rossa dilihat ada memuat naik video gurauan memberi amaran kepada kaki sondol di luar sana sambil memegang penyembur nyamuk.

Video:

Rossa turut berseloroh dengan menyertakan kapsyen mengatakan dia mewakili persatuan isteri-isteri yang teraniaya.

Perkongsian Rossa itu mendapat pebagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakan wanita itu untuk menyembur pembunuh nyamuk ke muka perampas sebagai pengajaran.

Lebih lucu, ada yang mengatakan jangan gunakan penyembur nyamuk, sebaliknya mengganyang kaki sondol dengan cili api.

Awal November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.