Netizen Hairan Gambar Bercium Pipi Boleh, Tapi Khazrul Luah Kecewa Malu Dan Terkejut Anju Masih Pakai S3ksi

Kemelut hubungan antara selebriti sensasi, Zarina Anjoulie bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey hangat diperkatakan apabila dikhabarkan hubungan mereka sudah terlerai.

Bagaimanapun, menerusi TikTok ahli perniagaan itu dilihat membalas komen netizen yang meminta supaya memujuk Zarina semula.

Membalas komen netizen, Khazrul berkata dia tidak okay untuk Zarina atau lebih mesra disapa Anju. Malah, usahawan itu berkata dia tidak mampu menjaga perasaan Anju serta mengakui dirinya banyak kekurangan.

Sementara itu, Khazrul turut terkejut serta remuk hati melihat penampilan seksi pelakon itu serta meminta Anju supaya menjaga aurat.

Dalam pada itu, Khazrul turut mengulas mengenai kenyataan Anju yang meminta tidak dijadikan sebagai bahan konten serta mengatakan hidup perlu diteruskan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: OHMYMEDIA/achikdia.com