
Sebelum ini kami ada melaporkan yang Balu kepada arwah Abam Bocey, Hidayah memohon pihak yang terlibat melunaskan bayaran saman RM60,000 seperti yang diperintahkan mahkamah. Hidayah bersama peguamnya turut berkunjung ke rumah arwah suami tetapi pintu rumah didakwa tak dibuka.
Kemudian, Ali Puteh pula membuat video balas menjelasnya, sejak ibunya meninggal dia tak lagi duduk di situ tapi hari ini dia mendapat tahu pagi tadi keluarga balu ada datang ke rumah.
Kata Ali, selepas balu dan peguamnya balik pihaknya menjumpai taburan garam, kulit limau, daun-daun dan bangkai haiwan di keliling rumah.
Walau bagaimanapun, video posting berkenaan sudahpun dipadam Ali Puteh. Rata-rata netizen perli palwak itu dengan meninggalkan komen di posting lain.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: omm/achikdia.com