Netizen Sahkan Ira Kazar Tak Hamil, Seronok Main Indoor Playground, Bukan Main Riang Dia Ketawa

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa isteri kedua pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sedang hamil.

Terbaru, Ira dilihat ada berkongsikan video di Insta Story meluangkan masa bersama ahli keluarganya di indoor playground.

Menerusi video dikongsikan, Ira dilihat gembira bermain bersama-sama adik-beradiknya namun tidak kelihatan suaminya, Syamsul Yusof.

Video tersebut dikongsikan semula oleh pengguna di aplikasi TikTok. Apa yang menjadi bualan, rata-rata netizen mengatakan madu kepada Puteri Sarah itu tidak hamil seperti yang didakwa sebelum ini.

Malah, ada yang mengatakan mereka melihat Ira melakukan aktiviti lasak dan jika benar hamil pasti ianya mendatangkan kesan pada kandungan.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand pada 5 Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: tt/achikdia.com