Netizen Tanya Siapa PukuI SeIepas Hana Azraa Muatnaik Foto Mata L3bam Tervk Sampai Biru-Biru, PU Abu N4fikan Dan Beri PenjeIasan

Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan menafikan dirinya telah menumbuk mata isterinya, Hana Azraa hingga lebam seperti yang didedahkan di Instagram baru-baru ini.

Jelas PU Abu, lebam pada mata Hana bukan kerana dipukul sebaliknya berlaku kemalangan kecil.

“Oh mata Hana itu bukan ditumbuk atau dipukul oleh saya mahupun sesiapa tetapi berlaku kemal4ngan kecil,” katanya menerusi Instagram Stories.

Dalam pada itu, PU Abu memberitahu dia dan Hana belum lagi bercerai sebaliknya sedang menunggu tarikh perbicaraan pada April ini.

“Buat masa sekarang belum bercerai lagi tetapi dalam proses tarikh perbicaraan mahkamah sepatutnya 19 April”

“Disebabkan PKP dia tertangguh. Apapun doakan yang terbaik,” tambahnya.

Isteri PU Abu enggan ambil tahu konflik suami, Hana Azraa… Minta tidak lagi diganggu selepas 4 tahun bersabar

Isteri pertama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini tampil mengulas isu membabitkan suaminya dan Hana Azraa.

Menerusi perkongsian di Instastory pada Ahad, Ain meminta agar tiada mana-mana pihak menghantar sebarang berita kepadanya berhubung perkara itu.

Kata Ain, dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan netizen itu.

“Tidak perlu sampaikan apa-apa kepada saya. Tak berminat untuk saya ambil tahu. Dia rasa okay untuk dedah dan biarkan dia”

“Awak baca sebagai ‘pengganggu’ dan saya baca sebagai ‘suami dan isteri’. Kenapa? Sebab tiada keputusan rasmi daripada hakim,” katanya.

Tambah Ain, dia sudah cukup bersabar selama empat tahun ini dan meminta agar dirinya tidak diganggu lagi.

“Saya tak layan orang psiko. Cukup empat tahun. Awak lapar perhatian? Awak dah dapat. Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu”

“Jangan jadi seseorang yang suka screenshot dan jadi penyampai. Kelebihan apa awak dapat? Kalau awak ganggu kesihatan mental saya lagi, saya tidak teragak-agak untuk melibatkan pihak berwajib sekali lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, Hana berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai luahan rasa rindu Abu terhadap dirinya.

Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu.

Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi mengganggunya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Abu berhubung isu ini masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin.

Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan ‘Afi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak/mstar/achikdia.com