Netizen Terkejvt Dengan Kelakvan Norman Hakim, Hantar Anak BeIajar Agama Bapak Tayang B0dy PuIak

Sebelum ini, filem komedi Tiga Janda Melawan Dunia menjadi bualan kritikan warganet disebabkan memasuki ke panggung wayang.

Ini kerana judul filem itu disifatkan agak tidak manis diperdengarkan, selain penulis skrip bersama tidak dijemput ke Malam Tayangan Perdana.

Norman tayang badan dalam babak filem

Kini, tular pula sekeping gambar aktor Norman Hakim sedang menayang tubuh badan sasanya di hadapan tiga orang pelakon wanita iaitu Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura.

Difahamkan, gambar tersebut diambil dalam salah satu babak filem terbarunya yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan di muat naik oleh seorang pengguna yang memaparkan pelakon, Norman Hakim sedang menayang tubuh badannya dihadapan pelakon wanita lain.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan gambar tersebut diambil untuk salah satu babak didalam filem lakonan terbarunya iaitu Tiga Janda Melawan Dunia.

Malah, turut berada didalam gambar tersebut, pelakon veteran, Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura yang seolah-olah kagum melihat tubuh badan sasa Norman.

Cuba benda seperti ini terjadi pada kaum wanita?

Menerusi ciapan tersebut, @zhafvlog yang juga seorang vlogger terkenal dalam membuat review filem menyoal akan perasaan orang ramai, seandainya watak yang dimainkan oleh aktor itu digantikan dengan pelakon wanita.

Pada pandangan peribadinya, ia pasti memalukan kerana terpaksa melakonkan babak ‘separuh bogel’, bukan sahaja di hadapan barisan pelakon wanita malah ramai orang menonton aksi tersebut.

Astaghfirullahalazim, cuba kalau benda macam ni terjadi pada kaum wanita, malu weh tsk tsk tsk.

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan kesemua pelakon itu yang dianggap memalukan.

Aku ingat si norman ni dah jadi warak. Rupanya tidak. – Netizen.

“Agak-agak la nak tunjuk badan pun, lelaki la paling senang nak jaga aurat itu pun tak terjaga, nak tunjuk body sangat ke, orang cari rezeki biar berkat.. fikir la sikit guna kepala otak,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ee..berdosa la tayang body macam ni.. Benci la aku, orang makin tua makin tak ikut flow hukum agama.. Na’uzubillah

Dulu Faizal Tahir bukak baju masa show kena banned tau

Yang Cakap Lucah Tu Dan Sampah Aku Harap Korang Pun Tak Suka Dan Taknak Tengok Part Camni Ataupun Lebih Lucah Dalam Film Hollywood, Bolywood, Atau Korea Jangan Bagi Alasan Bodoh Cakap Dorang Bukan Islam Takpalah Kita Yg Islam Ni Tengok Pun Takpe Wtf Hipokrit Nak Mampos

Dh Beso Dh Tua Bangka Pndai Sndri Fikir.. Jgn Plak Kita P Tmbah Dosa Mngumpat.. Sia² Jaaa.. Ap Yg Kita Nmpak Silap Dia, Crminan Pd Diri Sndri.. Bkn Kita Tngok Crmin Nmpk Org Lain.. Nmpk Sngat Salah Org Suluh Dgn Spotlight, Salah Sendiri Suluh Guna Pelita Tanah.

Scene Ni La Yg Spoil Aritu, Tetiber Je, Elok Je Biar Norman Habiskan Lagu Tu, Tak Perlu Nak Bukak² Baju, Kesian Mak Cik Kt Situ Ade Yg Pengsan & Berbuih Air Liur

Kau Anta Anak Kau Belajar Agama Kau Tayang Body Pulak..Suka Kau Lah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar/BN/RJ/Achikdia