Peminat Risau Tengok Ezad Lazim Sekarang, Akhirnya Ezad Cerita Apa Yang Terjadi, Ada Yang Menangis Tengok Wajah Saya

Penyanyi dan pelakon, Ezad Lazim ada tampil dengan wajah yang dilihat seperti berparut di bahagian pipinya.

Melihat parut yang agak besar itu, memang ramai follower dan juga peminat yang tertanya apa yang terjadi kepada vokalis dari kumpulan Exist ini.

Kerana begitu ramai orang yang tanya, akhirnya Ezad tampil menceritakan hal sebenar

Ezad akui, ada yang sampai, mesej kepadanya mahu tahu kenapa pipi nya jadi macam itu. Paling tersentuh, ada yang sampai menangis tengok pipi Ezad itu dan mendoakan penyanyi serta pelakon ini kemabli sembuh.

Melalui satu entry di laman media sosial miliknya, Ezad tampil memberi penjelasan bahawa parut luka di bahagian pipi kirinya itu adalah hanya effect solekan saja.

Solekkan parut itu demi menjayakan wataknya sebagai Husin yang dia lakonkan dalam drama bersiri terkenal iaitu 7 Hari Mencintaiku 3.

“Memang ada ramai juga yang mesej pada saya. Mereka bertanya mengapa wajah saya macam ni. Ada yang sampai menangis dan ada siap mendoakan saya agar kembali sembuh.”

“Apa pun, saya amat menghargai semua keprihatinan yang anda berikan pada saya. Sebenarnya saya nak beritahu bahawa ini merupakan hasil make up untuk watak lakonan saya dalam drama 7 Hari Mencintaiku musim ketiga.”

“Watak saya ialah sebagai lelaki bernama Husin, seorang suami yang ditimpa musibah sehingga kena angin ahmar sebelah badan. Korang boleh tengok drama hebat ini kat TV3 setiap hari jam 7 malam.”

Itulah penjelasan dari Ezad Lazim tentang parut dan luka di wajahnya itu. Semuanya adalah solekan semata-mata untuk wataknya dalam sebuah drama.

Drama 7 Hari Mencintaiku ini sudah masuk musim ketiga. Selain Ezad Lazim, ianya dijayakan oleh pelakon utama Siti Saleha dan Syukri Yahya bersama Wafariena, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: viralmy / IG Ezad Lazim